Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi menyinggah di blog saya, disini sy ingin tekankn bhwa, cerita atau entry yg disediakan adalah sekadar untuk berkongsi bcoz sharing is caring dan tiada niat lgsung untuk mnyinggung mana2 pihak… maka dgn ini sy ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada bahasa yg terkasar, tercarut dan sbgnyer...

: selamat berjalan :

Wednesday, March 30, 2011

|| soalan survey ||


salam, nk mntk tlg lg skali untuk menjawab beberapa soalan bagi melengkapkan kajian saya untuk subjek thesis. data perlu dikumpul secepat mungkin kerana tarikh untuk penghantaran thesis hampir tiba. terima kasih yang xterhingga diucapkan..wslm.


untuk menjawab sila klik link ini:

Friday, March 25, 2011

Ungu Ft Rossa - Tercipta Untukku

salam sume,

sayang,
hayati setiap bait lagu ini...
semoga kau mmg tercipta untukku...


Thursday, March 24, 2011

|| tournament bowling dgn AD221 '10 ||

salam sume!!

minggu lepas hari jumaat ktorg (aku, ika, ayune & danial) join bowling tournament..
best gilerr!! even kalah...myb xde chemistri ngn lane tu kot...
hahahaa...~

tournament ni dianjurkan oleh AJK part 6 of AD221..
dorg mmg cool lar...ni sume sbb nk menyatukan graphic department la nih..
ak rase brjaya la kot dorg punyer objective tu...
sbbnyer, ktorg pon da dikenali oleh mereka2...
ye kot...~ hahahaa

jom tgk gmbr2 ceria ktorg...







Tuesday, March 22, 2011

|| semakin kurang ||


salam sume,
pe khabar korg? sehat? hope sume sehat walafiat...amin...entry kali ni, ak nk cite psl semakin turun, pe yg semakin turun??? haaaa...~ cuba teka..hehehe~ jeng3...

korg nk tau pe yg turun?, BERAT aku lah yg makin turun...haish...ak pon xphm nape, yg ak pk myb sbb hormon wanita dewasa semakin meresap kot dlm diri aku nih...(wanita ke?)

tu la die, sume ni bermula sejak sem lepas dlm lbih kurang bulan 10 kot,ak kne demam yg teruk, selama sminggu berturut2...smpi kene tahan wad la sbb panas sgt badan aku...bila mlm je, badan aku panas giler...klu leh perah bdan aku mase tuh, mmg leh wt teh'o panas la...hahaha...

mse tuh ak igt umor aku dh xpjg, sies beb...ak pk mungkin ni la balasan atas dosa2 aku yg lepas...then mse demam, kompem la xde selera mkn, mkn ciput jer...tu mkn sbb nk mkn ubt, klu x jgn harap la nk mkn...tp ble siang demam ak xtruk sgt..tu yg plik tuh...demam mlm jer...tilam pon siap panas cm cerek...haaha(auta jer)melampau sgt la tu kn...

pastu bdn ak sket2 susut, sampai skang xbenti susut lg...mane taknyer, pas mkn je, trus melabur...hari ni je ak da melabur 3 4 kali gk ar..tgk, cmne x turun berat aku...pelik kn?? ak cume pk hormon aku jer...makteh lak ckp, usus besau aku da mengecil, sbb tu ak mkn sket je dh kenyang...klako2...ye lah, xpernh ak terpk ak leh kuwus cmni..(xde la kuwus sgt pon).

ok, honestly ak ckp berat aku dlu pernah mencapai 75kg..xtipu okey...skang nk tau bpe?? da latest ak timbang kt kedai ika dalam 3 4 minggu lepas kot, xsilap aku lar, tinggal bpe tau?? cube teka lagi...hahaha~ lek lu....berat aku tinggal 66kg! turun hampir 10 kilo okeyh...xklaka kn?? haaa...so kpd sesiapa yg nk kuwus, demam2 kn la diri yer...tp jgn smpai mkn diri...ok?

so, skang ak leh pakai baju ayune okeyh...ayune tau, bkn ika...bju azza pon ak da leh sarung...byangkn la..jeans dlu ak pkai 33 or 34, skang aku leh pkai 31...hahaha...miracle tol la...

sbnrnyer ak sgt bersyukur kerana dpt anugerah ni, xsume org dpt turunkn berat badan sebnyk nie...alhamdulillah...

harapan aku semoga aku dapat maintainkn berat aku ni or kurangkan lg smpai bila2..sbb ikut ketinggian aku, ak msih lg overweight,, so, ciayok2 mimi! wish me luck okeyh!

ups! lupa lak nk upload gmbr aku dulu dan kini...
jap eh...


tahun ble tah...mse diploma la yg pasti...

tahun 2011

korg leh tgk kn perbezaannya?
so, kputusan ditgn anda, anda yg memilih...
hahhahaa..~ (pape tah)
daaaa~
wslm.
<3>

|| iblis ||

Anas bin Malik r.a. berkata:

“Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.” Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”
Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?” Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?” Firman Allah: “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?” Firman Allah: “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?” Firman Allah: “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”
( Hadis Riwayat Muslim )

sumber from : akuislam.com

|| sebelum engkau halal bagiku ||

Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku….

Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi.

Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.

Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Mungkin kau tak peduli.

Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tidak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.
Kerana kau hanya manusia – hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.

Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Friday, March 11, 2011

|| 30 Perkara Perempuan Tak Sempat Nak Bagitau Kat Lelaki ||

salam sume,

sekadar berkongsi..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa&lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

sekian, wassalam..

Monday, March 7, 2011

|| u r getting to know me better ||


salam sume,

cubaan kau memujuk hati ku telah berjaya..hati ku telah dicuri semula..aku tau aku ego,tp aku buat semua ni demi hubungan ini..aku harap kau faham..dan ya! mmg kau semakin memhami aku, kau semakin mengerti perasaan ini..aku hanya mahukan masa...untuk aku mengubati hatiku yg luka ini...hari itu akan menjadi sejarah yg hitam dan xmungkin aku akn lupa sampai bila2..walau kau bukan sengaja, tp ak xmahu perkara itu berlaku sekali lagi, walau bila2 pun..tetapi aku sgt mengagumi ketabahan kau melayani kerenah aku yg keanak-anakan ni..mungkin itulah kekuatan hubungan ni..kau dengan ketabahan kau, aku dengan keegoan aku..mungkin satu hari nanti aku akan berada ditempat kau, tp aku selesa..ak bahagia punya kau disamping ku..

tq 4 everything dear..
<3<3>,< <3<3


this is from u for me..ur letter (really..miss ur letter like long time ago)
ubat batuk breacol,kanak2 okeyh(die ckp breacol tok org tua da abis,
kol 4.30pg kn mne nk carik)...its ok dear, i knoe u care bout me..
u know i'm sick (igtkan instinct kuat, tp ade org gtau)...>,<
tp aku berterima kasih kpd kamu2 yg menyatukan kita semula...
syg kamooo sume..~



u want to be sweet rite?? this is sweet enough dear...
ferrero rocher & fruit tree, manggo flavour..perfect!!
skarang, kedua2nya dah abis..aku bg pd mereka2 sorg satu...

tq dear..
everything is perfect..~

salam

Thursday, March 3, 2011

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

|| kekecewaan hati ||


aku xinginkan kau lagi.
maaf.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...